Hak Jiran Tetangga

 Dari Masjid Taqwa Taman Brown, P.Pinang

Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Kitab Bahrul Mazi Jilid 16 

 

Hadis Riwayat imam at-tarmizi

               Yang bermaksud: Abu Hurairah berkata , Nabi s.a.w bersabda “Barang siapa yang mengambil daripada aku nasihat  - nasihat ini dan dia beramal dengan nasihat ini ataupun dia mengajarkan orang akan nasihat ini maka sesungguhnya kebaikan akan dapat kepada nya”

Abu Hirairah berkata “Aku nak pegang nasihat itu ya rasullullah” Nabi pegang tangan Abu Hurairah lalu nabi berkata kepadanya

“Yang pertama kamu jadikanlah dirikamu takut melakukan benda – benda yang haram.

Kalau kamu boleh jadikan diri kamu takut kepada benda-benda yang haram, kamu jadi manusia yang paling kuat beribadat pada Allah.

Kemudian nabi berkata” Kamu kena redho dengan benda yang di bahagi-bahagikan oleh Allah. Kamu jadi orang paling kaya”. Kemudian kata nabi “ Dan berbuat baik engkau kepada jiran nescaya jadi engkau mukmin yang kamil”

 

Nabi berkata kepada sahabatnya, aku nak bagi beberapa nasihat kepada kamu kalau kamu pegang nasihat aku ini kamu akan dapat banyak kebaikan dalam dunia ni Antara sahabat yang ada ketika tu ialah Abu Hurairah.Lalu Abu Hurairah kata yang dia nak ikut nasihat itu. Yang pertama nabi kata takulah melakukan benda atau perkara-perkara yang haram. Dan jika seseorang itu takut melakukan dosa maka dia akan (individu itu) akan jadi orang yang paling kuat beribadat kepada Allah. Seterusnya nabi kata lagi kamu kena redho dengan apa yang di kurniakan oleh Allah  dan kalau seseorang itu redho akan kurniaan Allah maka dia akan jadi orang yang kaya. Sememangnya bagi individu yang mempunyai sifat khanaah (berasa cukup dengan apa yang ada) dia akan kaya kerana rezeki yang Allah bagi walaupun sedikit tetapi cukup. Berbeza dengan orang yang gaji besar tetapi wang yang banyak tidak cukup untuk memenuhi kehendak nafsu dia. Saidina Ali abi talib pernah jumpa nabi dan bertanya kepada rasullullah s.a.w “Ya Rasululullah  siapakah orang paling miskin dan siapakah orang paling kaya”..Nabi berkata “Sesungguhnya orang paling miskin ialah orang yang sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada , sesunguhnya orang yang paling kaya ialah orang yang cukup dengan apa yang ada”)Seterusnya nabi berpesan lagi supaya manusia berbuat baik dengan jirannya. Dengan berbuat baik kepada jirannya maka individu itu menjadi mukmin yang sempurna

 

 

[Masalah berbuat baik kepada jiran:, Sesungguhnya berbuat baik kepada jiran itu banyak macamnya dan itulah yang di suruh oleh syarak kita dengan dalil sepotong hadis  dalam masalah 65 itu.]

                   “Berberi-beri apa yang ada dari makanan”

Maksudnya diantara cara buat baik dengan jiran ialah apa yang ada pada kita, kita beri pada jiran. Ada sedikit rezeki maka hulur-hulurkanlah kepada jiran.Banyak hadis tentang jiran dan kita yang dapat jiran yang baik itu anugerah Allah sebenarnya.Kalau di fikirkan kembali sememangnya  jiran yang baik adalah satu nikmat. Kerana jika seseorang itu dapat jiran yang sombong, penting diri sendiri buat bising dan sebagainya maka hidup kita akan rasa tersiksa, sakit hati dan tension

 

  Ada satu kisah yang berlaku di Sg Petani di kawasan  rumah perumahan satu ustaz sewa rumah dan jiran meraka satu pasangan suami isteri yang baru nikah.ustaz ni boleh tau sama ada suami isteri ni ada atau tidak sebab bila depa balik je depa buka radio kuat sehingga dengar dan mengganggu jiran sebelah mereka(ustaz ni) depa pasang radio kuat tanpa pedui waktu sembahyang ke..waktu apa ke..ustaz ni suruh isteri dia pi tegur/cakap kat bini jiran sebelah rumah tu..minta slow radio terutama nya waktu sembahyang supaya hormat waktu sembahyang..bila isteri ustaz ni tegur isteri jiran tu marah dan  kata aku sewa rumah ni..aku bayar dan aku tak minta duit hang ..Satu hari ustaz ni azan waktu maghrib dan sembahyang, kemudian pagi esok..tak bunyi apa kat rumah tu..selalu tu memang terjaga kerana dengar bunyi radio tu…pasai depa bangun awai nak pi keja..(bukan nak sembahyang) selalu tu ustaz ni terjaga dek bunyi radio depa ni..tapi hari tu tak dengar bunyi radio..ustaz ni suruh bini dia pi tanya awat radio tak bunyi pagi tadi..saja tanya..bukan perli..bila pi tanya isteri jiran ustaz ni kata waktu ustaz azan maghrib radio kami terbakar..(rupa-rupanya  selama ni depa dengar azan tu  tapi saja kuatkan bunyi radio) biasanya lampu terbakar tapi kat rumah depa ni radio terbakar.

 

 Sebab tu nabi pernah kata “ Diantara tanda kebaikan manusia, ialah jiran yang baik, selain dari rumah yang besar, kenderaan yang baik maka itu tanda saadah(tanda bahagia) bagi mereka yang dapat kesemua ni”

Maksudnya Alah pilih dia untuk terima kebaikan. MasyaAllah tuhan pilih dia untuk terima kebaikan.

Sabda Nabi ”Barangsiapa beriman kepada Allah , beriman kepada hari akhirat,hendaklah diam atau berkata perkara yang elok..”

Nabi bersabda lagi ”Barangsiapa beriman kepada Allah , beriman kepada hari akhirat,hendaklah di muliakan jirannya., barangsiapa beriman kepada Allah , beriman kepada hari akhirat,hendaklah di mulikan tetamunya”

                                                      HR Imam Bukhari dan Muslim

 

 

Hadis lain  Nabi Muhammad s.a.w  bersabda” Jiran ada tiga, ada jiran yang kita ada satu tanggungjawab kepada dia, ada jiran kita ada dua tanggungjawab padanya, ada jiran yang kita ada tiga tanggungjawab padanya;  adapun jiran yang kita ada tanggungjawab pada dia, jiran yang islam dan jiran itu juga ada pertalian kekeluargaan “

Yang pertama hak sebagai jiran, yang kedua hak sebagai islam  dan juga hak hubungan kekeluargaan, dan adapun jiran yang ada dua hak ialah hak sebagai jiran dan hak sebagai orang islam, dan adapun jiran yang ada satu hak , jiran orang kafir iaitu hak sebagai jiran”.

 

 

 

 

(walaupun kafir sebagai jiran hak dia kena jaga  cth: Kita nampak ada orang depan rumah jiran kita macam orang nak mengamuk bawak senjata bahaya kena talifon bagi tahu  jiran tu walaupun dia kafir, tak kira bangsa apa walaupun orang kafir tapi hak dia sebagai jiran kita perlu jaga. Apatah lagi sesama islam. Contoh lain anak kita dok buat perangai tak elok, balik naik motor nagan jantan keberet mana tah, siap pi sembang depan rumah jiran  sedangkan jiran tengok perkara  hati dia sakit. Jiran ni jenis pi masjid dan ada komitmen pada agama. Sekali dia lihat kemungkaran depan rumah dia yang mana kemungkaran itu di buat oleh anak jiran. Nak di tegur alamat jadi perang dunia la pulak. Sebagai jiran banyak perkara nak kena jaga.

 

Nabi pernah tanya sahabat dia “tahukah kamu apa hak sebagai jiran ?, kalau jiran minta tolong kamu kena tolong, dan apabila dia minta pinjam sesuatu maka bagi pinjam ia, kalau dia sakit ziarahi dia,  kalau sekiranya dia mendapat kebaikan sebagai jiran ucap tahniah,  kalau dia di timpa musibah ucap takziah kepadanya, kalau jiran mati pastikan ikut jenazahnya hingga ke kubur, jangan di bina / di ubahsuai rumah kita jika ubahsuai/ binaan itu menghalang rumah jiran dari angin, melainkan dengan izinnya, kamu hidup berjiran jangan sampai masakan dari periuk kamu bau masakan menyerang rumah jiran kamu melainkan kamu bagilah sedikit dari masakan itu padanya, kalau kamu beli buah hadiahkan sikit pada jiran sebelah. Kalau kamu tak mau bagi pada jiran maka masukkan buah itu kedalam rumah kamu secara rahsia”

 

Sebagai jiran kita mesti tolong jiran yang memerlukan pertolongan. Contohnya jiran tengah sakit tenat dia tak dak kereta , kita sebagai jiran mesti tolong hantar dia ke hospital dsb. Begitu juga kalau jiran nak pinjam sesuatu. Nak pinjam mesin rumput, nak pinjam cangkul dsb. Tetapi dalam hal pinjam meminjam ni kita umat islam perlu cerdik. Nak bagi pinjam pun kena tengok oranglah. Kalau jiran jenis suka ambil kesempatan, bnila dah pinjam buat muka tak malu buat reta kita macam reta sendiri dsb. Maka manusia jenis ni biaq pi kat dia. Sebab islam tidak menghendaki umatnya jadi bodoh. Dah tahu jiran ni jenis parasit, suka menyusahkan orang lain janganlah kita ni jadi lurus bendul pi tadah muka  supaya dia boleh gigit kita lagi sekali. Nabi pernah berkata orang islam takkan jatuh lubang biawak dua kali.Yang di maksudkan dalam hadis ini  ialah jiran yang memang susah dan perlu bantuan dan jiran bukan jenis yang suka ambil kesempatan

Bila jiran sakit ziarahlah dia dengan adab-adab ziarah yang sesuai, jangan pulak kita pi ziarah dia pi buat hingaq, buat bising pi kata kat dia nak ni tak lama dah dsb. Elok jiran tu dah nak baik terus masuk ICU bila kita mai melawat dia buat lagu tu.Apabila seseorang itu sakit dia sebenarnya merasa gembira (dari segi psikologi) bila ada yang datang melawat.

  Begitu juga kita perlu ucapkan tahniah bila jiran dapat kebaikan. Bila jiran naik pangkat atau anaknya dapat masuk Universiti maka ucapkanlah takniah. Jangan dok pi dengki dok kata macam-macam pulak. Jiran dok beli kereta baru kita kata dia dapat duit rasuah dsb.

  Sekiranya jiran di timpa musibah kita sebagai jiran mesti ucapkan takziah, dengan ucapan ucap innalillah hiwainnailaihi rajiun.

Salah faham umat islam/orang melayu  tentang ucap innalillah hiwainnailaihi rajiun sekarang ni  sebut innalillah hanya  bila dengar berita kematian tapi sebenarnya ucap ini di ucap bila ada musibah atau bila seseorang di timpa musibah.

 

 Bila nak bina rumah kita kena bagi tahu dengan tujuan nak minta izin. Tanya jika kita bina rumah ni sama ada menggangu jiran atau tidak. Masalah sekarang ialah salah faham bila jiran ni  bagi tahu nak minta izin nak renovate, jiran sebelah pulak  sangka dia ni nak tunjuk lalu dia marah sebab kata kita nak tunjuk sedangkan ianya sebenarnya suruhan agama, bukan nak belagak Kenapa perkara ni berlaku tak lain kerana jiran tu tak belajar  sedangkan jiran lain belajar tentang hukum agama.

 

Kalau beli buah ke apa-apa makanan ke bagi le sikit kalau taknak bagi sebab tak cukup ke atau memang jenis kedekut, jangan bagi jiran ternampak  makanan atau buahan yang kita bawak balik

[Sesungguhnya berbuat baik kepada jiran itu banyak macamnya dan itulah yang disuruh oleh syarak kita dengan dalil sepotong hadis dalam masalah tadi, dan berberi-beri apa ada dari makanan dan pergi lihat apa ada sakitnya dan sukakan dia pada waktu dia dapat kesukaan dan hiburkan dia pada waktu dia dapat kedukaan dan ambil peduli pada anaknya dan orang yang serumah dengannya dan tidak mendatangkan apa yang memberi mudarat kepada mereka itu dan sabarkan apa kesakitan mereka itu dan lain-lainnya lagi dan apabila seorang itu bersifat yang demikian adalah dia berbuat baik kepada jiran dan sesiapa yang berbuat baik kepada jiran nescaya jadi ia mukmin yang kamil sepertimana yang tersebut pada hadis nabi itu]

 

Sabda nabi s.a.w ”Dan sukakan olehmu bagi orang islam itu apa yang engkau sukakan bagi dirimu nescaya jadilah engkau orang islam”

 

(Apa yang kita suka orang buat kat kita maka kita kena buat yang sama pada orang.Kalau kita suka orang cakap baik ngan kita , kita juga kena cakap baik dengan orang lain.  Begitu juga kalau ada perkara yang kita tak suka, maka kita juga jangan buat perkara yang kita tidak suka tu pada orang lain. Contohnya kita tak suka orang fitnah kita , kita jangan fitnah orang, dah kita tak suka orang maki kita so jangan lah kita pulak buat mulut capui pi maki orang lain.Dah kita tak suka orang hisap rokok depan kita janganle kita hisap rokok plak..)

 

[masalah sukakan muslim apa yang suka bagi diri sendiri sesungguhnya tidak syak akan seorang itu sukakan dirinya berkebaikan dan berkebaikan . Sukakan berkebaikan yakni suka akan dirinya itu sihat afiah dan suka senang sentosa, sukakan berilmu dan cukup taat kepada Allah  ]

 

(kita mau sihat senang dan kita mau supaya Allah s.w.t jadikan kita orang yang taat kepadanya kalau itu yang kita mau maka kita kena jadikan orang senang dengan kita, aman dengan kita,  kita kena bagi orang tu taat pada Allah seperti mana kita berusaha untuk taat pada Allah. Masalahnya  kita sekarang ni ialah  kita menuju kearah agama ni menjadi jadi hak personal. Kalau nak pi ajak orang pasal agama, nak ajak orang lain ke arah kebaikan nanti di katakan busy body. Seangkan agama islam mengajar umatnya supaya saling tolong menolong dan nasihat menasihati. Tolong tu bukan sahaja tolong dari segi duniawi saja malah kita tolong mencurahkan ilmu, tolong nasihat kawan bila kawan kita tu nampak gelong. Tolong tarik dia dari menjurus ke jurang api neraka. Pi tarik dia sama ke syurga. Tunjukkan dia ni jalan ke neraka ni jalan ke syurga

Kalau dulu nasihat menasihati itu jadi amalan tapi sekarang ni kalau ada orang mai nasihat dia tak boleh terima kesilapan dan rasa tak perlu di nasihat di PJ la ni kalau mati akan di uruskan oleh badan koperat- bila mati je anak-anak talipon dan mayat ini di urus sehingga tanam-maksudnya syaikat ni akan urus semua sehingga tamat- walaupun yang mati tu ibu atau bapa dia-soal anak-anak lebih afdal ibubpa  lebih afdal menjadi imam sembahyang mayat tidak ada dalam pertimbangan

 

Agama itu nasihat menasihati Nasihat kerana Allah dan kerana rasul,dan apabila semua nasihat itu datang dari al-quran dan hadis dan sesiapa pun  kena terima

 

[dan lainnya daripada bermacam-macam kebaikan dan kebajikan yang kamu suka bagi diri kamu maka demikian lah  hendaknya sukakan sedara mu yang muslim ini, apabila ada kamu dengan sifat yang demikian nescaya jadilah kamu seorang muslim yang sempurna islam nya ]

 

“sabda nabi s.a.w “Dan jangan engkau banyakkan diri mu tertawa-tawa kerana bahawasanya banyak ketawa itu mematikan hati”

                   kata Abu isa ini hadis gharib

(Hadis ini tidaklah melarang kita dari gelak ketawa. Cuma kita gelak sikit-sikit dah le nabi pun biasa gelak tapi ada masanya, ada ketikanya nabi pun gelak juga hinggakan nampak gigi gerahamnya. Ada habis yang menyatakan nabi gelak sampai nampak giginya. Bukanlah islam menyuruh kita menjadi umat yang serius setiap masa..perlu juga gembira …)

 

[masalah banyak tertawa itu mematikan hati yakni mempesakai keras hati dan kelam dan benak tiada mau menerima apa jua pelajaran dan nasihat yang baik dan tiada takut pula akan akhirat ]

 

(Banyak perkara yang menjadi penghalang yang menghalang terang hati- antaranya maksiat banyak ,makan minum benda syubhat, tengok benda-benda yang di larang dan macam-macam lagi. )

[dan jadilah ia karam dalam gelap jahil nya atau pun gelap fasiknya semacam orang yang mati yang tiada apa gunanya akan dirinya]

[Laman Kuliah Cyber] [Laman tazkirah]