Kuliah Ustaz Shamsuri- Aurat bah. 1

[Bab yang datang pada menyatakan hadis yang menunujukkan atas suruh memelihara aurat ]

[Ketahuilah sedara ku..memelihara aurat daripada di lihat orang itu wajib ia. Melainkan daripada di lihat isteri dan hamba perempuan yang dimiliki.]

Jika baca kitab fekah yang lama ayat dalam kitab fekah tu di tulis lagu ni..

"Maka adapun aurat antara suami dan isteri itu maka tidak ada aurat bagi nya"

Maknanya antara suami isteri tidak ada batasan aurat..pun begitu dari segi amalannya Nabi s.a.w ketika dia bersama isterinya nabi hanya buka di tempat- tenpat yang perlu sahaja ..demikianlah mulianya akhlak Nabi..

walaupun dari segi hukumnya tiada aurat tapi nabi tak tergamak nak buka kerana malunya kepada Allah.

[sehingga lelaki sesama lelaki pun haram berpandangan aurat itu]

sama-sama laki-laki pun haram….begitulah tegasnya iskam tentangg aurat..Kenapa islam begitu tegas tentang aurat waluapun sama laki-laki.. kerana sama-sama lelki pun boleh jadi perkara yang tidak elok seperti kaum Nabi Lut… mereka homoseksual sehinggakan ketika allah hantar malaikat jumpa Nabi Lut..suruh Nabi Lut dan orang yang beriman keluar dari kawasan yang mereka duduk tu kerana dah sampai masanya Allah nak terbalikkan bumi ni....malaikat tu jumpa Nabi Lut bawa telegram yang bahaya… ..malaikat tu depa ngorat..maka islam yang terkenal dengan kaedah al-wiqayah khairun minal ilaj..islam satu agama yang menutup semua pintu yang membawa kpd kerosakan…islam menutup semua pintu yang memungkinkan belakunya perkara yang karut.

[Bermula dalil yang menunjukkan atas haram itu ialah hadis yang di keluarkan oleh abu isa..at tarmizi katanya

" Di riwayatkan dari seorang sahabat nabi namanya Muawiyah bin hiddah al-qusyairi r.a katanya telah berkata bagi nabi

"Ya rasullullah bermula aurat kita siapakah yang boleh kita buka kan drpdnya dan siapakah yang dilarang kita buka drpdnya Apakala di dengar nabi s.a.w pertanyaan yang demikian maka ia pun menjawab

"peliharakan oleh mu akan aurat kamu drpd di lihat semua orang melainkan drpd isterimu atau hamba perempuan milik mu"

sahabat tanya nabi sapa yang boleh tengok aurat..nabi jawab dengan tegas..peliharalah aurat kamu meliankan drpd di lihat oleh hamba kamu dan isteri kamu yang lain kena jaga..islam cukup tegas masalah aurat..islam dalam bab aurat tidak ada kompromi..

manusia sekarang ni lebih suka berpedomankan manusia drpd berpedomankan al-quran dan hadis nabi...cthnya dalam satu taman perumahan ..ustaz ada lima orang ..drpd lima org ni yang dok cakap pasai aurat tu sorang je yang lain tu ada yang bini keluar sidai kain berkemban je..jadi ustaz yang dok cakap pasal aurat ni jadi serba salah plak nak pi betul kawan yang biaq bini berkemban tu sebab, manusia ni pulak suka berkata takkan ustaz tu tak tau… kalau benda ni betul-betul berdosa ustaz tu tentu larang bini dia dari bukak aurat ..ustaz ni tak larang pun bini dia..inilah fitnah yang berkaku di zaman ini..manusia suka menjadikan manusia lain sebagai panduan dia....jadi saya berpesanan kepada diri saya dan sahabat semua agar kita merujuk pada kebenaran dan kebenaran itu ialah al-quran dan hadis nabi…

ustaz shamsuri cerita ttg anak sorang sahabat beliau di mana beliau pernah melawat sahabat beliau.. bila ustaz shamsuri ni pi rumah sahabat beliau ni..sahabat beliau panggil anak dia keluar salam dgn ustaz ni..ada sorang anak pompuan dia kecil lagi dok dalam bilik tak mau keluar..sampaikan ayah dia kata kat mak dia suruh panggil anak dia ..dia tak mau.. rupa-rupa nya anak pompuan dia tak nak keluar tu sebab kain tudung dia basuh dok jemur tak kering lagi..dia nak keluar tak dak tudung…kecil lagi..kalau dia keluar pun tak bedosa tapi dia menangis tak nak keluar sebab dia di ajar ttg aurat sejak kecil lagi ..dia dah faham ni aurat kena jaga tak boleh tunjuk…inilah kesan tarbiah ibu bapa..inilah yang di katakan iman…kita boleh lihat kesan dia tapi sukar nak gambarkan iman itu..

(*sambungan hadis sebelum ni)

"maka keduanya itu tidaklah mengapa keduanya melihat aurat kamu,"

isteri dan hamba pompuan tak pe lihat aurat kamu

 

"bermula laki-laki ia serta laki-laki adakah haram jua laki-laki memandang aurat laki-laki."

Sahabat tanya pulak ya rasullullah kalau kami laki-laki dok sama laki-laki adakah kena jaga juga aurat ni

Sabda nabi"jika berkuasa memelihara drpd melihat akan dia oleh seseorang maka handaklah kamu perbuat ia.."

Maksudnya sedaya upaya kamu kamu kena jaga walaupun kamu dok sama laki-laki, maknanya bila tak terdaya nak buat camna kan....bila yang dikatakan tak terdaya..

cth dok kat hostel..dok satu bilik ramai-ramai..bila tidor terbuka aurat…so itu maknanya tak terdaya..tapi bila sedar kena tutup le jangan bior pulak…bila nak pi mandi tu tutup le..nak main ke..

[seperti melarang akan dia jangan membuka auratnya dengan kekuasaan kamu ataupun dengan ajar nasihat kamu jika berkuasa memlkihara drpd melihat akan dia oleh seseorang maka hendaklah perbuat seperti melarang akan dia jangan membuka auratnya dengan kekuasaan kamu ataupun dengan ajr nasihat kamu atau lainnya]

kalau tengok kawan buka aurat walaupun lelaki dgn lelaki kalau perlu ajar ..ajar..kalau perlu nasiaht ..nasihatlah dia itu bila sesama lelaki..ini kan pulak orang perempuan dengan lelaki yang ajnabi…lebih-lebih lagi la kene tutup aurat bagi yang lelaki yang telah bergelar suami kena jaga supaya isteri dan anak perempuan dia menutup aurat....

Pernah berlaku kes di Tikam Batu, Pulau Pinang seorang budak perempuan umur 14 tahun kena rape dgn 14 orang budak laki sekitar 14-26 tahun..rape sampai rosak kemaluan dia lepas tu rape ikut belakang dan mulut…rosak budak tu segala-galanya…masa depan dia rosak, emosi dia rosak fizikal dia rosak..

Dalam keadaan macam ni bolehkah kita membiarkan anak-anak dan isteri kita mendedahkan aurat yang menyebabkan orang jahat buat perkara tak elok pada anak kita..

islam dalam datang bawa mesej keselamatan dan keamanan ..Nabi Muhammad s.a.w di bangkitkan di tengah –tengah masyarakat arab jahiliah…yang mengamalkan zina..minum arak ..bunuh anak pompuan..berbalah, berperang …tumpah darah…..Nabi di bangkitkan di tengah-tengah masyarakat yang macam tu keaadaan dia..Nabi usaha perbaiki masyarakat..mana-mana yang membuka pintu kejahatan, yang buka pintu utk berlaku perkara yang tidak baik nabi tutup pintu tu nabi kemukakan alternatif islam supaya wujud keadaan yang aman sejahtera.. islam datang dengan mesej keamanan individu..masyarakat..dan dunia..individu di selamatkan dengan peraturan tutup aurat dan sebagainnya..selamat individu…org perempuan yg pakai tutup aurat jauh dari unsur – unsur tabarruj..tidak ada mekap dsb ..bersih..diri dia..org yang ada niat jahat takut nak kacau dia…bagaiman org rasa takut pada perempuan solehah..Allah campak rasa takut dalam diri org jahat tu kerana perempuan tu taat pada perintah Allah …sebagai ibu bapa org yang berkuasa keatas org-org di bawah jagaan kita ..kita suami …kita ada kuasa keatas isteri..kita bapa kita ada kuasa keatas anak ..kita tak penah ambik berat ttg aurat ..pi sekolah menegahh masih ada ramai anak orang islam pakai skirt..pakai tak tutup aurat…tapi masih ada ibu bapa yang sanggup biar anak-anak pakai skirt kat sekolah macam hindu cina kapiaq …di ketika islam bercakap tegas ..islam serius bercakap masalah aurat…ada ibu bapa yang tidak memperdulikan tunjuk ajar islam..

 

pernah berlaku..bila tiba bulan puasa kementerian nanti hantar satu surat pekeliling kat sekolah sempena ramadan di adakan kempen menutup aurat…kementerian hantar maksudnya ini arahn rasmi kementerian..sebab manusia tak takut arahan rasmi allah tapi takut pada arahan rasmi manusia….berlaku di sebuah sekolah…seruan utk tutup aurat pada guru dan murid…

guru besar tu buat pengumuman dan menyeru murid-murid dan guru-guru mai lah kita pakat-pakat tutup aurat..sempena menghormati bulan ramadhan.. ada pula bapa yg begong ..tulis surat pi keatas(pihak berkuasa) kata cikgu ni paksa budak-budak tutup aurat..sedangkan kita masyarakat majmuk ..ni yang di katakan kepala otak rojak..

Hamba Alah ni nak tarik dia pi ke syurga sebab nampak dia ni melencong ke neraka..perbuatan mendedahkan aurat tu jalan ke neraka .menutup aurat jalan kesyurga…tapi dia tak mahu dan suruh pula pihak berkuasa ambil tindakan pada hamba Allah yang nak bawa dia jalan ke syurga..manusia jenis ni yang tak kenal alif ba ta..yang tak kenal hukum agama ..tak kenal masjid..kuliah agama…manusia jenis ini yang di katakan oleh Allah dalam Al-Quran

" ketika mana mereka di berdirikan di depan api neraka, berkata mereka itu beri kami balik atas dunia, kami pastikan kami tidak akan mendustakan ayat-ayat Allah lagi"

bila di heret ke neraka dan di buka hijab yang menutupi neraka maka nampak api neraka yang marak menyala mereka pun minta Allah supaya kembalikan mereka ke dunia dan beri peluang sekali lagi untuk balik ke dunia, kami tidak akan mendustakan ayat-ayat quran lagi, kami pastikan kami akan jadi orang yang beriman kepada Allah…

sedangkan semua ini telah di ceritakan oleh Allah dalam al-quran dan mereka ini lah yang akhirnya akan menyesal di akhirat nanti..

Seorang pengetua di sebuah sekolah di Seberang Perai selatan ..bila ada guru baru masuk sekolah ..kalau guru tu perempuan dan tak pakai tudung.. hari pertama dia panggil guru baru tu….di kata "cikgu saya ketua jabatan dan adalah tangungajwab saya utk beritahu cikgu..cikgu orang islam cikgu kena tutup aurat cikgu kerna pakai tudung dan saya panggil cikgu ni sebab nak tahu bila tarikh akhir cikgu boleh tutup aurat ni"

Insan yang begini lah yang baik untuk kita jadikan tauladan..dia berani untuk menegur kemungkaran yang ada di depan mata dia Itu antara ketua jabatan dengan pekerja dia..inikan pula bapa dengan anak …patutnya kena pastikan anak ni tak kira lelaki ke perempuan ke ..kena tutup aurat..

……bila cikgu dah tutup aurat guru besar ni pangil dia dan ucap tahniah dan kata tahniah kerana cikgu pakai tudung ..tah iah kerana cikgu boleh ikut arahan allah ..bukan arahan..saya..dan semoga cikgu kekal dgn pakaian org yang beriman..

Sabda nabi s.a.w katanya " maka kata aku dan bermula seorang laki-laki itu ada dia sunyi dari pada orang tidakkah boleh dia bertelanjang membuka auratnya"

Sabda nabi ‘Maka Allah taala melihat ia tiada ada apa suatu yang mendinding dia"

Kata Abu Isa At-Tarmizi bermula ini hadis Hassan.

 

Sahabat tanya nabi ya rasulullah kalau sekiranya seorang lelaki itu bersunyi (bersendirian) bolehkah dia membuka auratnya ? Adakah kerana dia dok sorang maka dia boleh buat apa saja yang dia suka?

Nabi jawab katanya walaupun kamu dok sorang-sorang, kamu kena ingat Allah nampak kamu. Maka lebih mustahaklah di malukan pada Nya. Malulah dekat Allah nabi kata.

Dari segi hukum tidak berdosa cuma muka tak malu. Tidak berdosa dari segi hukumnya tapi dari segi adabnya kita tak ada rasa malu pada Allah. jadi nabi kata malulah pada Allah.

[Masalah: Aurat itu apa dia ? kata syarah bagi Ihya Ulumiddin bemula aurah itu ialah sesuatu yang di keji akan dia]

yang di katakan aurat ialah benda yang di keji dan wajib kita tutup akan dia.

[Dan juga di katakan aurah atas barang yang waijb menutupnya dalam sembahyang dan atas barang yang diharamkan oleh syarak memandang akan dia ]

Ada pendapat yang mengatakan bahawa aurat ialah bende yang wajib kita tutup ketika sembahyang. Semua angggota yang wajib kita tutup ketika sembahyang di katakan aurat.

Dan di katakan aurat itu ialah anggota yang haram di lihat oleh orang-orang yang tidak di benarkan.

[masalah Aurat laki-laki sama laki-laki dan aurat perempuan sama perempuan kata imam Nawawi di dalam syarah muslim bermula aurat laki-laki sama laki-laki ialah barang yang antara pusat dan lutut]

Jelas antara pusat dan lutut adalah aurat bagi laki-laki.

[dan begitu juga aurat perempuan serta perempuan ]

Orang perempuan dengan perempuan juga apabila mereka sesama mereka (perempuan dengan perempuan) antara pusat dengan lutut.

[dan bermula antara pusat dan lutut itu ada 3 wajah bagi ashab kita]

Ada 3 pendapat ulama tentang pusat dan lutut. Dan pendapat yang di pakai ialah pusat dan lutut adalah aurat dan antara pusat dan lutut juga adalah aurat. Maksudnya bila bepakaian mesti tutup mula dari pusat sampai bawah lutut.

[Masalah: Aurat laki-laki di pandang laki –laki dan aurat perempuan di pandang perempuan apakah hukumnya . Kata Imam Nawawi r.a dalam syarah muslim haram memandang laki-laki kepada aurat laki-laki dan haram perempuan memandang aurat perempuan]

Hukumnya sama saja sama ada lelaki atau perempuan hukumnya adalah haram.

[Maka ini tiada khilaf ulama padanya]

Tiada ulama beselisih pendapat dalam hal ini. Semua ulama bersependapat hukum adalah haram.

[dan begitu juga haram memandang laki-laki kepada aurat perempuan dan haram memandang perempuan pada laki-laki dengan ijmak]

Perkara ini di sepakati oleh semua ulama (ijmak)

 

[maka bermula haram itu pada hak yg bukan orang dua laki isteri dan penghulu dgn hamba sahaya yang perempuan dan adapun orang yang dua laki isteri maka harus bagi tiap-tiap drpd keduanya memandang krpada aurat taulannya semuanya melainkan kemaluan sendirinya. Pada nya tiga wajah bagi ashab kita]

maksudnya lelaki ke perempuan ke sama saja dari segi hukum nya adalah haram tetapi bagi suami isteri harus memandang aurat sesama mereka.suami boleh tengok aurat isteri begitu juga sebaliknya.

[Yang lebih asahnya bahawa ia makruh bagi tiap –tiap seorang daripada keduanya memandang kemaluan taulannya daripada ketiadaan hajat]

Maksudnya makruh kalau saja-saja pi tengok kemaluan..

[dan tiada haram ia]

ianya tidak haram cuma kalau boleh cuba lah elakkan dari tengok kemaluan itu

[dan yang keduanya haram atas keduanya dan yang ketiganya haram atas laki-laki dan makruh bagi perempuan]

maksudnya pendapat yang di terima ialah laki-laki tengok kemaluan perempuan dan perempuan tengok kemaluan lelaki hukumnya makruh tetapi tidak berdosa.

[dan bermula memandang dalam kemaluan perempuan itu lebih – lebih pula makruh atau haramnya]

dalam kemaluan tengok lebih-lebih lagi tak elok.

[dan adapun tuan penghulunya serta sahayanya yang perempuan maka jika ada ia milik wath’i nya maka antara keduanya seperti hokum antara dua orang laki isteri]

ini dalam kes orang yang mempuinyai hamba dan hambanya itu bukan sekadar menjadi hamba yang buat kerja rumah atau sebagainya tetpi juga merupakan hamba yang di wath’inya (di setubuhi) maka hukumnya sama seperti laki isteri

[masaalah : memandang mahram itu semacam mana yang harusnya]

yang dikatakan memandang mahram tu setakat mana yang boleh

abang nak tengok adik perempuan, adik lelaki nak tengok kakak , pak mentua tengok menantu(walaupun menantu tu mahram baginya tapi islam bagi adab bgmn nak tengok) macam mana caranya..nak tengok ni ada cara dai ..sebab mata ni bahaya..

Dalam satu hadis qudsi allah berfirman kataNya

"Pandangan itu satu panah daripada anak-anak panah iblis, beracun pula ia. Barang siapa yang meninggalkan pandangan kerana takut pada aku. Aku gantikan pada dia dengan iman yang akhirnya iman itu menghasilkan kemanisan di dalam hatinya

Allah kata pandangan itu adalah anak panah iblis dan beracun pula. Allah juga berjanji sesiapa yang kawal pandangan dia kerana Allah, maka Allah akan gantikan dengan iman di dalam hati orang itu dan iman itu akan mendatangkan kemanisan dalam hati dia..

Ini yang dikatakan warak..maksudnya orang yang menjaga diri dia dari maksiat.

 

[Laman Kuliah Cyber][Laman Tazkirah]